Teladan Rosulullah SAW: sebagai Uswah
dan Qudwah (contoh & kepemimpinan)
Rosulullah dengan Sebiji Limau…
"Suatu
hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda
bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau
sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti
terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh
Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW
akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau
itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan
senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri
untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak
hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum
Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu
terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan
bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau
memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya
habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan
memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan
dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa.
Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan
para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya.
Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
0 komentar:
Posting Komentar